Monday, 13 January 2014

Sahabat Handai Detektif Conan



Ran adalah teman sejak kecil Shinichi Kudo, bahkan boleh digelar sebagai kekasihnya. Namun, mereka berdua sama-sama malu mengungkapkan rasa cintanya kepada satu sama lain. Ketika tinggal di rumah Ran, Conan (Shinichi) sering dicurigai oleh Ran, bahawa Conan itu sebenarnya adalah Shinichi yang mengecil setelah meminum ubat-ubatan Profesor Agasa supaya boleh menjauhkan diri darinya, walaupun begitu, Ran selalu menimbulkan rasa curiganya. Cita- cita Ran adalah menjadi ahli karate di seluruh Jepun. Ran memiliki sifat yang lembut, namun kadang-kadang juga memiliki sifat keras hati. Dia mudah menangis, apalagi bila teringatkan Shinichi.

Kogoro Mouri adalah ayah kepada Ran Mouri, seorang detektif swasta yang sangat terkenal kerana sering menyelesaikan kes, walaupun sebenarnya Shinichi (Conan)-lah yang menyelesaikan kes untuknya. Sebagai "om-om mesum", Kogoro ahli dalam Judo sementara isterinya pengacara. Kogoro telah berpisah dengan isterinya dan hidup berdua dengan anak perempuannya, Ran Mouri. Kogoro juga biasa disebut pembawa sial kerana dimana ada dia selalu ada misteri ataupun kes pembunuhan dan dia selalu menyelesaikan masalah sambil tidur kerana ditembak peluru bius oleh Conan. Sebelum dia bertemu Conan, dia merupakan bekas anggota polis. Dia mengundurkan diri kerana rasa bersalah setelah salah sasaran menembak isterinya sendiri. Setelah keluar, dia bekerja sebagai detektif swasta yang bingung dan sering membuat analisis yang tidak penting .

Ayumi Yoshida adalah rakan Conan dan juga anggota Kumpulan Detektif Cilik. Dia menaruh hati pada Conan. Dia berwatak baik hati, mudah tersenyum dan sering menggunakan kata yang membuat suasana tenang. Jika mendengar sesuatu yang berhubungan dengan "Harta Karun" ia dan Genta akan menyambutnya dengan bersemangat.

Genta Kojima adalah ahli Kumpulan Detektif Cilik. Genta adalah salah satu rakan Conan yang menjadi anggota kelompok detektif ini. Badannya sangat gemuk, besar, dan kuat makan. Dia sangat suka makan, terutama nasi belut bakar. Dalam komik Detektif Conan versi bahasa inggeris atau lebih dikenali sebagai Case Closed di Amerika Syrikat, Genta Kojima bernama George Kojima. Pengisi suaranya adalah Wataru Takagi.

Mitsuhiko Tsuburaya adalah seorang anggota Kumpulan Detektif Cilik. Dia adalah teman Conan Edogawa yang pintar dan juga suka pada teknologi. Dia juga cemburu pada hubungan Ai dan Conan.Dia memiliki kebijaksanaan tersendiri. Pengetahuannya melebihi kanak-kanak seusianya. Dalam komik Detektif Conan bahasa inggeris atau lebih dikenali sebagai Case Closed di Amerika Syrikat, Mitsuhiko Tsuburaya bernama Mitch Tennison.

Profesor Hiroshi Agasa adalah seorang profesor linglung yang menemukan beberapa cara untuk membantu Conan. Dia mengetahui identiti asli Conan Edogawa. Dia sering membantu Kumpulan Detektif Cilik dan membawa mereka mengadakan perjalanan dalam VW Beetle-nya. Setelah bertemu Shiho Miyano di jalan, dia mengambilnya sebagai anak angkat dan memberinya nama samaran iaitu Ai Haibara untuk menyembunyikan dia dari Organisasi Berbaju Hitam. Seiyū-nya adalah Kenichi Ogata dan pengisi surara Inggrisnya adalah Bill Flynn.

No comments:

Post a Comment